2 Dec 2009

A 'quater day' as personal shopper

Semalam last day 'mania sales' kat Parkson Batu Pahat. Mania sales neh memang buat orang gile ah! Mana tidaknya jadi gila, discount up to 80%. Baju harga ratus-ratus tinggal puluh-puluh sajork, yang puluh-puluh tinggal beberapa ringgit. Gila tak? Gila tak?

So, menjadi spesies pantang nampak perkataan SALES neh haruslah saya terjah tempat kejadian =p. Dapatlah rembat beberapa helai baju buat stock tambahan dalam wardrobe theheeee~

Semalam juga menyaksikan saya jadi personal shopper kepada 2 orang kakak saya. Mereka bagi budget dan saya jadi orang gila berebut-rebut pakaian kanak-kanak bersama para ibu lain T____T. Sumpah macam rebut apa ntah, kembur baju sana sini demi nak cari yang cantik di mata dekat di hati (cehhh tetibaaaa!).

Rembatan untuk kakak-kakaku

Naseb baik ah belum ada anak, kalau tak...confirm dah beli baju anak secara tamak semalam kah kah kah! Gile koooo, baju Disney kids harga asal RM50-RM60, tinggal RM15. Tunggu happy hour muncul jam 8 malam, discount lagi jadi RM12. Memang laju ah tangan si personal shopper neh pick sana pick sini =p

Kakak 1 punya

Kakak 2 punya

Saya adalah boleh dipercayai, taste I bagus okeh! (mati la statement perasan!). Kakak 2 bagi budget RM50 saja, suruh beli baju 'basahan' (baju pakai kat rumah) untuk 2 orang anak dia. Tapi, si personal shopper neh over pergi beli baju yang lawa-lawa untuk pergi holiday ke kenduri kahwin ke etc sebab tak boleh tahan tengok baju cute miut theheeee~

Natijahnya, total pembelian untuk kakak 2 ialah RM145. 3 kali ganda over budget. Gagagagagagagaga~ (harap Kakak 2 tak pecat saya as personal shopper T__________T)

'Hujan' yang 'panas'

Translation of 'Rain The Hottie' kih kih kih =p

Malam tadi layan movie Ninja Assassin kat MBO Square One, Batu Pahat bersama Perempuan Kesayangan. Gara-gara terpengaruh dengan promosi dari Ween yang dah pergi tengok filem neh hihi.

Ya ampunnnnn...cerita neh penuh dengan darrrrrrrah!!! Ada tiba part mana entah, saya dengan Mimie si Perempuan Kesayangan itu menutup muka. Tak sanggup nak tengok orang kena penggal kepala (-___-'). Ngeeeerrriii. Wuuuuu scene 'cantas-mencantas' sangat banyak! Potong kaki, potong tangan, potong leher, tikam jantung...cerita neh ganas weh tsskkk T____T.

Tapi, BEST GILEEEE!!!!!

Ya ampunnnn (lagi sekali!). Rain adalah sangat HOT, like super duper HOT!!!!! I flaming dalam panggung walaupun air cond adalah sangat sejuk haha. Dia punya 6 packs, perggghhhh gua cakap lu memang terbaik dari ladang ah! ;p. Berbaloi menahan kengerian bila dapat tengok body dia (statement bernafsu!) huwakakakak!!! Mana tidak, untuk filem neh je dia training 6 bulan. Hasilnya??? Pergi la tengok sendiri di pawagam yang berhampiran keh keh keh.

Hidung berdarah...wuuuuuu~

Seciput review filem 'Ninja Assassin':
Memula ingatkan Raizo (Rain) neh jahat, yelah bunuh orang sana sini kan. Tapi, rupanya dia adalah baik sebab dia cuba selamatkan orang yang nak kena bunuh dengan ninja assassin yang sebenar. Raizo keluar dari puak Ninja Pembunuh (lamakkkk tak ingat pulak apa nama suku kaum dorang) dan dia dianggap sebagai pengkhianat. So, ninja-ninja pembunuh yang lain ditugaskan untuk cari and bunuh dia. Matlamat dia 1 je, nak bunuh ketua puak ninja yang train dia selama ni and hapuskan suku sakat ninja pembunuh. Apa pasal dia mengkhianat and nak bunuh 'ahli keluarga' dia yang lain? Saksikan di pawagam yang berhampiran dengan anda!!!(wohhh gile ah ayat haku! Ada macam ayat press tak? Kih kih kih)



Nah penulis gedik kasi anda cuci mata lagi dengan gambar Rain yang tak berbaju neh har har harrr~

1 Dec 2009

Demi Cinta?



Kerispatih – Demi Cinta

maaf ku telah menyakitimu
ku telah kecewakanmu
bahkan ku sia-siakan hidupku
dan ku bawa kau seperti diriku

walau hati ini trus menangis
menahan kesakitan ini
tapi kulakukan semua demi cinta

akhirnya juga harus kurelakan

kehilangan cinta sejatiku
segalanya telah kuberikan
juga semua kekuranganku

jika memang ini yang terbaik
untuk diriku dan dirinya
kan kuterima semua demi cinta

jujur aku tak kuasa
saat terakhir ku genggam tanganmu
namun yang pasti terjadi
kita mungkin tak bersama lagi

bila nanti esok hari
ku temukan dirimu bahagia
ijinkan aku titipkan
kisah cinta kita selamanya

demi cinta...


P/S: Ada orang kata "Bercinta tak semestinya bersama?" Hmmmm...

Tak sedap pon *blergghh*

Sehari before Raya Haji kena drive pergi Muar, hantar kek untuk customer. So, sambil menyelam minum airlah...jumpa Perempuan Kesayangan 2 sekali dah alang-alang ke Muar.

Bawa Perempuan Kesayangan 1 bertemu Perempuan Kesayangan 2. Heh, kau berbunyi seperti mak ayam! (-__-)

Membuat sesi penyerahan hadiah juga. Haidah INI.

Perempuan Kesayangan 2 dah berjanji nak belanja makan di Pizza Hut. Bak kata pepatah "Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari" haruslah tidak melepaskan peluang ;p


Memilih pizza baru (promotion item) sebagai hidangan utama. Tapi, amat mendukacitakan. Sesungguhnya tak sedap! Blerggghhh. Rasa entah apa-apa. Dah la ada cornflakes di hujung, yikssss!!! Sangat 'mengacau' rasa pizza tersebut.

Sumpah lepas neh tak akan order lagi pizza tak sedap neh. (tak sedap punya pasal, malas nak ambil tahu apa nama pizza tersebut haha)

Lelaki terlebih kain, Perempuan kurang kain

Bukankah begitu kebiasaannya? Sangat banyak contoh kalau nak beri. Tengok saja artis yang melaram di majlis-majlis anugerah, yang lelaki segak berpakaian tuxedo. Penutup hampir keseluruhan tubuh badan. Yang perempuan? Lagi terbuka, lagi terdedah, lagi terbonjol...lagi bangga! Benar, bukan?

Malam tadi ketika bosan, saya ke BeautifulNara untuk membaca gossip terkini artis Malaysia, adehhhh...pandangan mata saya 'ternoda' dengan gambar Aleeza Kassim, Nita OIAM dan beberapa lagi perempuan tak cukup kain berposing. Melihatkan baju Aleeza, saya teringat pakaian yang dipakai oleh Helly Berry ketika menang Oscar dulu. Helly tu kafir lantak dia lah nak pakai macam mana pun, takde dosa pahala. Yang si Aleeza neh? Lu pikiaq la sendiri! (-_-')


Aleeza neh memang gila eks kalau berpakaian? Kadang-kadang kasihan juga, nak sangat jadi centre of attention terpaksa guna cara gini. Bahasa kasar lagi, desperado for attention kah kah kah! Hambekkkkk. Kalau pakai tutup penuh, takut kehadiran dia tak disedari (agaknyalah!).

Nita, you tak nice la. Kau sexy pun tak lawa, baik tak payah sexy ;p. Tak paham kenapa mesti kena sexy? Anda ada jawapan selain 'desperado for attention'???

Tapi percayalah, kalau kau tu memang cantik, memang menawan, memang ada aura...pakai tutup tak payah sexy pun orang tetap akan pandang. Tetap jadi perhatian!


Ai ya yaiiii...sumpah comel gila Diana Danielle neh T_____T. I yang perempuan pun sangat suka tengok muka dia yang sweet neh, ada ke lelaki yang tak suka budak comel camni eks? Hehe, jangan over, jangan over. Puji secara ringan sudah lah (-_-)

Kejadian pelik tapi benar, ketika Aleeza Kassim sibuk-sibuk nak ikut fesyen Helly Berry (BTW, fesyen tuh dah berjaman okeh, baru sekarang nak ikut apa kes?) mamat bawah neh pulak lain ceritanya...
















Alahaiii David Archuletta, kamu neh comel banget dong! Dia yang dari Hollywood pun sudi je nak pakai baju Melayu, baju kebangsaan kita. Yang artis perempuan kita? Kalau tak kerana raya, pergi kenduri tahlil, masuk mahkamah syariah...jangan harap ah nak nampak dorang pakai baju kurung. Malu agaknya pakai baju kurung, apa kampung sangat ke berbaju kurung?

(Pictures credit to Beautifulnara and Sultan Muzaffar)

30 Nov 2009

Tuku tangkal balik pintu, budak nakal memang begitu

Anak Tarzan versi Melayu

Nak sangat jadi Tarzan, lompat sana, lompat sini...sekali gedebuk jatuhhhhh! Rasaiinnnn...benjol seketul kat dahi. Dah macam nak keluar tanduk pun ada gak saya tengok budak neh, benjol bukan main besau!

Tapi ngeri weh, darah meleleh-leleh keluar dari luka kat dahi dia tu, menitik-nitik kat sofa, lantai...muka jangan cakap ah! Dah penuh darah. Campur air mata lagi...hingus lagi =p (tapi, dalam gambar-gambar neh semua darah dah takde, dah cuci. Haku yang nak snap pun ngeri la kalau darah meleleh lagi =S)

Al-kisahnya jatuh sebab kaki dia tersangkut kat dalam poket tepi sofa bonda saya. Percubaan lompatan pertama BERJAYA! Cubaan lompatan ke-2 GAGAL. Merasa dahi dia 'cium' lantai.


Tak pasal-pasal kena jadi nurse semalam. Bagi rawatan kecemasan kat budak neh. Nasib baik la saya memang jenis yang simpan sanitizer, minyak gamat, handiplast, etc. Bila ada kcemasan macam neh terus je capai 'my first aid kit' (yang tak lengkap uhuuu~).

Dah la mak budak neh takde, orang dewasa kat rumah ketika kejadian adalah saya seorang. Lepas cuci darah semua tu, tuam kepala dia dengan ais, apa lagi meraung sakan la si Tarzan-Wanna-Be neh. Dia kata pening bila letak ais =p (berdenyut-denyut tapi kata pening, dia takde lagi vocab 'berdenyut-denyut' kot hihi). Tuam sekejap je, sebab dia mati-mati tak nak dituam dengan ais.

So, hari neh jadi tanduk raksasa la benjol dia tu. Bengkak makin besar. Mak saya buat rawatan traditional letak asam jawa yang dicampurkan dengan kapur kat benjol budak neh supaya bengkak tak getting worst.

Pinky Lady Contest

[sticky post until 30/11/09]

Hohoho! (dah macam Santa Claus T___T). First time saya nak join contest neh. Hari tu buat contest, ini hari join contest orang lain pulak. Yelah, kot-kot diri ini cukup bertuah, boleh la menang =p (dapat la merasa perasaan excited tunggu Encik Posmen datang pin-pin-pon-pon hantar parcel keh keh keh).

Eh, kejap nak check balik saya neh layak ke tak nak join contest neh...

Terma dan syarat:
  1. Buat entry tajuk "PINKY LADY CONTEST" and cerita secara ringkas apa yang best pasal pink. << check!
  2. Upload gambar pakai baju pink << check! (naseb baik la baju pink kan, kalau dalam terma kata seluar pink? Ado pulak haku seluar kale pink T____T)
  3. Copy contest's banner dalam entry ini << check!
  4. Letak contest's banner kat side bar << check!
  5. Letak link entry neh kat comment box Puan Penganjur << siap yo den lotak eh, kompem!
  6. Submit before 30th Nov << check!

Waaahhhh!!! Saya adalah sangat layak untuk join :D yahu yahu yahu (motippp tetiba over excited?)

Baiklah, mulakan sekarang!


Honestly, saya bukan peminat pink color (mati la statement berani mati, belum-belum Puan Penganjur dah cantas penyertaan haku T___T). TAPI, kawan-kawan ramai yang kata saya nampak baik di dalam pink. Apa kejadah saya pergi translate ayat BI ke BM? Wahahahaha!

Err, kawan saya cakap "You looks good in pink." Lebih kurang gitu la.
Saya tanya la "Apsal pulak?"
Dia kata "Ko pakai pink nampak sweet sebab kulit ko cerah, sesuai."
I terus perasan cute uolss dia kata I sweet. (Ko neh dah kenapa bikin ayat gedik? *Pangggg lempang diri sendiri!*)

Tulah pelik, nak kata minat pink tidak. Tapi baju dalam wardrobe banyak tone kale pink...boley? Haha pelik tapi benar. Kalau tengok baju kat shopping mall, mesti 'usya' yang kale pink dulu ohohohoho~ Tatau la apsal, pink neh nampak sangat manis kot, kan?

Yang pernah tengok business blog saya mesti rasa "Biar betik Cik Chelsea neh tak minat pink, blog's layout - pink. Business logo - pink." Errrrr...saya tiada jawapan yang pastilah untuk soalan itu. Sesungguhnya (-___-')

Tuuuuu gambar kat blogger's profile tudung - PINK. Apa kejadah semua ini? Wahaha wahaha. Sekali lagi tiada jawapan, harap maklum =p.

TAPI saya rasa naluri ke-PINK-an tu memang ada la tersemat di hati dan sanubari sejak azali lagi (ceyyyy ayat!)

Ok, dah siap. Boleh sambung baca Dekektif Conan. Bye~

Eh kejap! Lupa nak mention gambar kat atas tu kat IKEA. Pergi cuci-cuci mata and TERshopping sekali =p bersama housemates masa study. Wehhh rindu kat korang! Sob sob T__T

------------------------

Inilah Puan Penganjur - Puan Ciare :)
(click gambar untuk skodeng blog beliau)


P/S: Gigih siapkan entry sementara tunggu kek sejuk, theheeee~
Blog Widget by LinkWithin

CIK CHELSEA Copyright © 2009
Scrapbook Mania theme designed by Simply WP and Free Bingo
Converted by Ipietoon Template